77d4e77a766fc8c6f1290412d5ab8084
f u r i n c h a n

shopaholic.freak.emotional.sensitive.strongwill.overprotective.caring.enthusiastic.faithful.funny.considerate.shy.serious.perfectionist.trustworthy.conscientious.reserved.pleasant.thoughtful
f u r i n c h a n
hajimete no deai : ep 02

Thursday 29 March 2018 @ 15:19 | 0 Lovers/Haters

Tangan, kaki, semua terasa sejuk sangat. Tak tipu! Masuk je kete dia, makk.. wangi betul. Tak macam kete orang laki kot. Tapi, bukan la bau macam pmpuan pun.

"Nape yang pakai hitamm aje ni. Patut la abang tak nampak!"

He..hehe..hehe.. kaler feveret.. (tangan kiri duk cubit2 peha kiri sambil2. This cant be real!)

"Dah smayang ke?"

Dah2.. (xtau nak cakap apa!)

"Lama dah ke duduk sini?"

Baru jee.. bulan depan cukup setahun.

"Setahun lama la tu. Abang keje kat TM tu dah 3 tahun dah Nur. Kalau abang tauu.."

Kalau..abang.. tau apa?

"Eh, Nur nak makan apa? Ada tempat2 yang Nur suka ke?"

Cis. Dia tak jawab soalan aku! Err.. tak kisah je. Selalu gi Mid Valley je pun. Huhuu

"Ooo. Ok jugak. Banyak choice dlm tu"

Ish. Statik je aku tengok depan je ni. Dah la gelap. Muka dia ni sbnrnya macam mana pun aku xdpt tgk lagi. Yang aku tau, dia masih dalam baju keje dia. Kemeja, sinsing sampai siku. Macam hensem? Yang pasti suara sangat hensem!

"Eh. Kenapa diam je ni? Takut dengan abang ke?"

Eh? Ha? Takde lahh. Haha haha haha (sejak bile aku gelak mcm ni niii) Tengah.. pikir nak makan apa. Hehe

"Laa.. lapar la tuu. Siann dia. Skett lagi. Nak sampai dah nii"

Hehe.. abang tak balik rumah lagi ni.. xpe ke? Mana tau bini tunggu kat rumah. - hish. Ko ni memang la. Daring betul tanya soalan cepumas!

"Hahaha! Nur ni! Kalau abang dah ada bini, memang abang terus balik rumah je tau tak? Haha.. Abang duk Taman Tun. Tak jauh mana pun. Abang duk dgn mak ayah lagi tau. Hehe.."

Ohh.. haha yeke.. mana la Nur tau.. Abang pun memang umur2 orang dah kawen kan..

"Macam-macam la Nur ni. Nur tau ke umur abang berapa? Haaaa.."

50 kot???

"Tuanya! Kalau ye punn la.. teka la muda-muda sket.. Abang muda lagi tau.. tah2 sebaya dgn Nur. Hehe" - terjengah-jengah kepala dia duk cari parking. Memang benda yang paling x suka kalau dtg Mid. Cari parking. Huh.

Haha.. yaa ritee.. Eh. Tu ada kosong. Tepi kete merah tuuu.

"Ok. Cantek"

Sedang dia cuba nak parking reverse, tangan dia terkena kepala aku. Ye la. Nak letak tangan kat belakang kepala seat aku kan. Habis senget tudung!

"Ops! Sori sorii. hehe. Ok, jom."

Lutut aku maseh menggeletar. Risau terpeleot je time jalan nanti. Nasib kasut tak tinggi sgt. Lepas betul2 tudung kat cermin kete dia, kitorg pun jalan masuk.. naik escalator. Yang aku tau aku mmg rasa lain macam sgt. Macam semua org tgk aku. Nape eh. Tudung aku senget lagi ke? Asal sempat je aku puhh2 tiup bucu tudung. Betul apa yg patut. Boleh tak prasan pulak rupenye dia duk tgk je dari tadi gelakkan aku. Adoiii!

"Hahaha.. Nur ni.. Buat apa tu. hembus2 apa? Dah ok laa tudung tu. Manade senget pun.."

Hish abang ni, yang sibuk duk tengok orang betul tudung tu dah kenapa??

Abang senyum je. Tak respon apa-apa. Ni lah first time aku curi-curi tengok muka dia. Tapi tu pun tak berani nak tengok mata. Just area-area below his nose. Okay. Macam hensem :D Lol!

"Tengok apa? Taik lalat abang ke?"

Hish! Kantoi pulek!

Haha! Perasan lah pulakk.. Tengah fikir la nak makan apa jap lagi ni.. Dari tengah hari tak makan lagi sebenarnya..hehe

"Lailahaillallah budak ni.. yang tak makan lagi tu kenapa? Karang tiba-tiba pengsan sape susah?"

Hihi.. Diet.........

"Nak diet apa.. ok je abang tengok..comel pun comel"

Comel? Alamak. Muka, sila jangan jadi kemerahan! Cepat-cepat aku alih pandangan. Buat-buat cari restoran best.

Jom! Makan situ? Abang makan Teppanyaki tak?

"Okay je.. apa-apa je yang Nur nak makan"

Kitorang amik tempat kat depan pan. Actually, ni memamg one of my favourite place to eat. Especially kalau keluar sorang-sorang di kala duka. Ceh!

Teppanyaki Salmon satu!

"Mmm.. Abang nak beef lah"

Ralit pulak tengok abang teppanyaki menggoreng. Tak tau nak sembang apa. Isk

"Mak Ayah sihat ke Nur?"

Mm..alhamdulillah.. macam tu je la.. Nur pun balik Perak tengok la.. sebulan dua bulan sekali ke..

Sangat awkward okay. Nak tanya macam-macam pun tak tau apa nak tanya. Aku dah tak berapa ingat sangat history dengan abang Wan ni. Yang aku tau, he was the person tempat aku luah masalah family aku dulu. Memang pernah berbual telefon 2 3 kali (sepanjang 1 2 tahun kenal), pernah hantar kad raya jugak. Then lepastu, tak ingat dah apa jadi. And how we ended up not contacting each other. I was like 14 masa tu. And he was in college. I know he has 3 siblings, semua nama start dengan Wan. Masa telefon rumah dia first time, mak dia kot angkat. Tanya nak cakap dengan Wan mana? Haha..

"Aii.. menung apa tu?"

Hah?? Oo..hehe takde.. tengok abang ni tengah goreng. Terer kan? Abang pandai masak macam ni tak?

"hahah.. yeke.. ke ingat boifren tu?"

Ehh betul laa.. Nur suka tengok abang teppanyaki ni masak. Macam tengah silat pulak. Hahha..

"Boifren orang mana? Study sama jugak ke kat UM?"

Boifren? Kat sebelah ni la :P Hihi.. Nur takde boifren la.. orang tak suka Nur..semua orang cakap Nur garang..sombong.. Kawan pun 3 4 ketul je. Hehehe

Makanan pun siap.. Bismillahirrahmanirrahim..

"Takkan la takde boifren.. comel-comel ni.."

Tak comel pun la.. ngade la abang ni. Abang pulak? Takde girlfren ke?

"Ada.."

Kecewanya hati. Aiseh. Cover sket muka kecewa tu!

"..tapi dulu la. Sekarang takde"

Kenapa? What happend?

"Nak sikit salmon" tak semena-mena je dia amik sikit salmon aku. Amik kat tempat aku baru gigit pulak tu. Pantang aku orang curi-curi makanan aku ni..

"Sedap jugak salmon ni. Nah Abang kasi beef sikit ganti" Aik. okay. Tak jadi marah. Hehe

"Dia dah takde la.. takde dalam hidup abang"

Meninggal ke? Sakit apa?

"Haha..Nur ni.. tak la. Dia jumpa orang lain.. Nak buat macam mana, Abang tak hensem.."

Heheh.. memang tak pun :P

"Aip! Antara adik beradik abang, abang paling hensem ok!"

Seriuss?? Ok. Nanti raya Nur nak datang rumah abang la. Boleh usha adik beradik abang. Hihihi

"Hahaha..boleh boleh. Tapi Nur nak ke jadi bini nombor 2 diorang? Hehe"

Laaa.. semua dah kawin ke?

"Ada anak dah pun ehh.. Abang je yang available. So, kalau Nur nak datang, boleh... Tapi kena jadi girlfren abang dulu"

Hahah kalau camtu tak jadi datang la. Lain tahun :P Hishh.. badum badum!

"Esok ada class ke?"

Erm? Takde. Class cancel. Nur tak suka class Maths tu pun. Lecturer tu macam anti je dengan Nur. Sejak-sejak Nur tak ikut formula dia. Memang heaven la esok!

"Nak tengok movie tak?"

Nasib baik tak tersedak air ni. Hah? Mm mm..movie?? Esok?

"Ye la.. esok. Jumaat. Lepas Abang balik smayang Jumaat?"

Demn! Dah janji dengan Dyana kan tadi esok one whole day nak lepak Mid. Ish. Acane ni!
Peluang bukan datang sekali ni Nur! Doushiyo! Arhhhh...

Boleh je. Eh, tapi Abang tak keje ke esok?

"Kalau keje, Abang tak ajak la tengok movie.."

Hehe he..he.. Mati aku. Apa nak kelentong Dyana pulak nanti..

***

Selesai makan, abang terus hantar aku balik. Katanya tak elok keluar lewat-lewat sangat ni. Hihi

Dyana syok melayan movie. Nampak macam Fullmetal Alchemist je. Dia ni memang. Kaki Gundam. Lebih kurang la tu dengan mecha mecha ni.

Di..di..!

"Hah?! Eh, bila ko balik? Sekejap je?"

Baru je.. ala.. makan-makan, terus balik la..

"Kata ada family discussion?"

Oh? Ooo.. hehe tak setel lagi discuss, tu yang balik awal. Hihi.. Di.. esok jadi tak tgk movie?

"Jadi la. Aku dah mesej diorang dah bagitau. Diorang okay je"

Kita tengok pagi la? Pagi kurang sikit manusia kan?

"Iii yo.. betsuni"

Fuhhhh..safe! Dapat lepak pagi dengan diorang..petang boleh la escape kan? Hihihi

Sayang ko! Teman..nak gi toilet.. heheheh

"Alaaa takde hantu pun!"

Jom laaaaaa!

***

Selesai solat Isyak, mata pun dah berat. Masa untuk tidur!

Pandang siling jap. Betul ke apa yang jadi harini? Aku jumpa abang Wan? Abang Wan Adrian? Esok..nak tengok movie pulak lagi tu. Ishhhhh..! Mustahilaann fill musykilll!

Tepuk tampar sikit pipi ni nak bagi balik ke alam realiti.

Memang realiti lah ni! Hahhhhh..still susah nak percaya! I have been adoring him sebab suara dia je. And he has been like a brother to me. He was a good listener.. Ni jantung nak badum badum ni dah kenapa?!

Aku amik bantal, tutup muka, dan jerit nak bagi lega sikit dada ni.

"Oiii ko dah kenapa doo??!"

Hehehehe..tade pape Di.. gomen! :P Aku tido dulu tau. Jangan tutup lampu lagi..kalau tutup lampu sekarang aku takleh tido., hehe - dasar penakut!

Mata aku tutup.. bantal busuk aku peluk.. Nyaman pulak malam ni. baru lepas mandi pulak. Memang senang nak lena..

***

Phone vibrate.

Yeke? Ke mimpi? Ah..

Labels: ,



Older Post | Newer Post
The Authoress

Just a shopaholic.
A place to reminisce those waku-waku moments.



Korean Skincare

SUBSCRIBE TELEGRAM CHANNEL FOR PRICELIST

>>MYKCS<<

♥♥♥♥♥♥

Meine Wünschliste

MiniCoop
RM10k
Pilot NEXTAGE collection

Labels


Say Hi


If you want to get noticed,
just comment on any posts :P
♥♥♥


Best View with GOOGLE CHROME!
Furin®2014