77d4e77a766fc8c6f1290412d5ab8084
f u r i n c h a n

shopaholic.freak.emotional.sensitive.strongwill.overprotective.caring.enthusiastic.faithful.funny.considerate.shy.serious.perfectionist.trustworthy.conscientious.reserved.pleasant.thoughtful
f u r i n c h a n
All Black : Ep 01

Wednesday 21 September 2016 @ 15:40 | 0 Lovers/Haters

Macam x percaya. Serius. Aku mimpi ke apa ni?? Berkali-kali aku raup muka ni..! Cubit2 peha, sakit jgk!

"Woiiii!!!!"

Woiii!! Astaghfirullahhhh...! ko ni.. buat tekejut aku je la!

"Dah tu aku duk ketuk pintu ko mcm nak pecah dahh ko duk buat dek jee..hishh" rungut Dyana, sape lagi kalau bukan pasangan belangkas aku kat UM.

"Apahal ko ni muka merah2 je aku tengok"

Terus aku gosok2 pipi aku cuba untuk cover. Merah? Merah mana nye? Manade weh. Ko ni, saje je laa..

"Malam ni nak buat apa? Esok class cancel. Puan Roha ko tu emergency balik kampung. Syiokk la ko. hahaha"

Hah?? Sejak bile cancel, majide!!

"Tadi diorg bagitau. Sape tah lalu kat depan office. Haa. Sinyu" (kesian dia kami gelar Sinyu watak dlm doraemon tu, tapi mmg betul muka dia mcm Sinyu!)

"Jom ahh MidVal! Ada movie baru kluar kan malam ni. Khamis deshou??"

Gulp. Apa aku nak kelentong si Dyana ni. Masak aku! Ala.. Esok laa.. malam ni confirm ramai nak gi tgk movie. Esok siang kita gi la? Jumaat plak tu, sah2 line clear. hehehe. Esok eh??

"Alaaa ko nii, jom aa. Malam ni malam ni laa, esok esok laa. Hahaha"

Ala, xleh weh. Aku dah janji nak dinner kat umah makcik aku malam ni.. Ko ajak Ati ngn Li aa.. takpun alaa.. tunggu kite gi esok je la sama2? Dari pagi smpai malam, kita kampung sana? Ok laaa??

"Rumah makcik ko katne? Aku ikut la??"

Hishh ko nii. Bukan aku taknak bawak, ada benda family sket nak discuss.. (hamboih! laju benor otak ko mmikir! hati badum2 ko xyah sebut!)

"mmmmmmm.. Yela2.. Pinjam laptop ko la. Movie pe best??"

Haaa boleh2. Ko tengok je la. Aku baru hbs download 7 movie smalam. Nah harddisk. Password sama je aku x tuka. Tengok la, charger smua ada kat situ. Aku nak gi basuh baju jap, mandi, pastu trus siap2.

"Aku bawak balik bilik aku ahh. Ke rumet ko takde harini?"

Takyahh.. duk sini pun boley. Rumet aku balik umah, ahad baru balik sini. Mcm ko x biasa plak. Nak biskut2 ke megi, amik je la.

Dyana buat dunno. Ceh. Dah pasang headphone, mmg la buat dunno je.. Cepat2 aku capai apa yang patut, dah nak pukul 6 dah ni. bertimbun baju nak basuh. Mesin basuh plak rosak. Bengang betul.

Selesai urusan menyental, smayang Asar pun setel. Ok. Aku nak pakai baju mana ni?! Dyana dah hanyut dlm dunia movie dia tu. Nampak cam duk tgk anime dia tu je.. Pintu almari aku bukak. Baju banyak je, tapi asal tiba-tiba rasa cam takde baju plak ni?? OK. Kita gosok tudung dulu? Eh, tapi, nak gosok tudung mana? Karang x match plak dgn baju? Seluar?

Sudahnye, yang hitam jugak aku pilih.
Azan maghrib pun berkumandang, makin badum2 plak jantung aku ni.

Dyana! Ko dah smayang Asar belum? Maghrib dah nii

"Haa? Asar? Aku peottt doo"

Haa.. okay2. Dah2 sambung tgk anime ko tu. Aku nak turun dah ni, pape call.

Aku sarung kasut. Pink. Tu je la objek yang berwarna pada aku malam ni. Lain smua hitam. Handbag pun hitam. Lols! Turun je lif, terus aku duduk kat bangku tempat kete waiting. Ada 2 3 biji kete duk menunggu orang. Aku bukak henfon. Takde whatsapp pape plak. Last online pun pukul 6:49pm. Ini dah pukul 7:29pm. Aku kena call ke ni? Ish. Nanti mcm tehegeh tak sabar plak. Ke nak mesej je? Tapi, dia tak online pun. Kalau tengah drive camne nak baca? Adushh..

Tik, tik, tik, tik, tik, .. kuat pulak tiba-tiba bunyi jam aku ni. Baru prasan dah takde orang lain rupanya. Aku je tunggu kat sini. Bawah blok ni dah la lampu dia mmg rosak. Hish. Jangan buat pasal lah!

Nak call ke tak ni? Nak call ke taknak niii... baru jee nak tekan call, tiba-tiba dia dah call dulu! Heishhhh apasal laa asyik nak kena tekejutt je harini niii! Seb baik tak tercampak henfon ni.

Assalamualaikum!

"Waalaikummussalam, ha, Nur dah siap ke?"

Dah2.. huhu. Baru je nak call tadi.

"Abang dah sampai ni. Nur tunggu kat mana?"

Melilau aku cari kete. Eh, abang tunggu mana? Nur kat bawah blok D. Tiba-tiba jee ada kete parking betul-betul depan aku. Lutut jangan cakap. Macam dah takde lutut je weh!

"Ha.. ni. Abang baru sampai. Hehe"

Err.. Kete.. Honda City.. biru ni ke?

"Ha ah.. Nur mana?"

Aku pun bangun, perlahan. Jalan gi kat kete dia. Terus aku ketuk2 cermin tingkap tempat duduk sebelah driver. Dia turunkan tingkap..

"Nur ke??"

Abang Wan??

"Haha.. ye la. Abang la ni. Meh masuk"

Badum badum!

Labels: ,



Older Post | Newer Post
The Authoress

Just a shopaholic.
A place to reminisce those waku-waku moments.



Korean Skincare

SUBSCRIBE TELEGRAM CHANNEL FOR PRICELIST

>>MYKCS<<

♥♥♥♥♥♥

Meine Wünschliste

MiniCoop
RM10k
Pilot NEXTAGE collection

Labels


Say Hi


If you want to get noticed,
just comment on any posts :P
♥♥♥


Best View with GOOGLE CHROME!
Furin®2014